Rabu, 9 Oktober 2013

VIDEO PENJELASAN PEMILIK RESTORAN SELERA DAUN PISANG – PENDEDAHAN CAJ SARAPAN VVIP RM6,000

Baru-baru ini kecoh dengan berita sebuah restoran di Kelantan mengenakan caj RM6,000 untuk sarapan pagi kepada pelanggannya. Pelbagai persepsi negatif telah ditujukan kepada kedai makan berkenaan yang disifatkan sebagai melampau dan menipu pelanggan. Oleh itu, pemilik restoran berkenaan tampil untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut Abe Din dan Kak Yah, iaitu pemilik Restoran Selera Daun Pisang, apa yang dilaporkan oleh pihak media tidak benar dan menjatuhkan perniagaan mereka. Caj RM6,000 bukannya untuk 50 orang tetapi 400 orang. Pihak berkenaan pada mulanya menempah untuk seramai 200 orang untuk rombongan Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi rombongan yang hadir lebih dari sepatutnya. Selain itu, semua makanan yang disediakannya untuk jualan juga habis. Ditambah pula dengan ada yang siap bungkus makanan lagi.
“Tempahan untuk Majlis Sarapan Pagi Bersama Datuk Mukhriz Mahathir pada 6 Oktober 2013 jam 8 pagi hingga 9 pagi untuk 200 orang. Apa yang berlaku, ahli rombongan mulai masuk makan jam 7.30 pagi lagi. Lauk-pauk yang disediakan pada hari tu cukup untuk makan bagi 600 orang. Biasanya kita buat untuk 400 orang bagi jualan hari biasa. VVIP pula sampai jam 8 pg lebih… masa tu ahli rombongan yang bersama Datuk Mukhriz lebih kurang 50 orang… tetapi didalam kedai ni dah penuh dan bergilir keluar masuk makan. Kemudian ada yang siap bungkus lagi.” Kata Abe Din dipetik dari sumber Facebook.
“Bila saya tanya kepada incaj rombongan pasal hal tu (bungkus bawa balik), dia kata tak pe lah. Akhirnya sebelum jam 10.30 pagi semua lauk pauk untuk 600 orang tu dah habis, Jadinya terpaksalah kami masak tambah pula untuk jualan harian. Bila bayaran nak dibuat, terdapat tiga orang yang buat bayaran. Setelah dikira semua makanan termasuk kueh (kueh pun habis) dan minuman jumlahnya RM6,000.00. Dia minta diskaun, Kak Yah beri RM500… jadi dia bayar RM5,500.00″ Kata Kak Yah juga dari sumber yang sama.
Tambah Abg Din lagi, “Kami minta dia bayar apa yang ahli rombongan makan, bukannya kami caj lebih. Kami malu dengan tindakan mereka yang mengaibkan kami dengan cerita fitnah ini.”
Itulah sedikit sebanyak penjelasan dari pemilik restoran berkenaan. Nak tahu dengan lebih detail anda boleh tonton video dibawah:

Pendedahan Caj Sarapan VVIP RM 6000


Tiada ulasan: