Rabu, 30 Oktober 2013

Tahukah Anda

10 Alat Permainan Kanak-Kanak Yang Telah Diharamkan

1.Jarts – Lawn Darts

Alat permainan paling bahaya di dalam sejarah. sepatutnya dilontarkan pada permukaan rumput sahaja. Alart permainan dart ini boleh munusuk ke mata, dan anggota badan sesiapa saja yg bermain dengannya. 6700 kecederaan termasuk buta dan 4 kematian di laporkan. Di haramkan selama-lamanya bermula pada tahun 1988.




2. Mini Hammocks – EZ Sales
Untuk kanak kanak yg suka di buai dan berehat di atasnya. 12 kematian dipastikan ketika naiki buaian ini. Punca kematian adalah seperti lemas, terjerut & jatuh. Jualan mencecah 3 juta. Di haramkan pada Ogos 1996 







3. Clackers
Beberapa laporan cedera & lebam di muka, mata dan tangan ketika bermain. Kerana ianya diperbuat dari kaca, bolanya berat menyebabkan jatuh ke lantai dan mudah pecah. Diharamkan pada tahun 1981






 4. Chicken Limbo Party Time
Dikeluarkan oleh Milton Bradley. Permainan ini tidak mempunyai tiang yg kukuh oleh itu apabila di sentuh kuat sedikit ia akan runtuh pada kanak kanak yg berada di bawah atau orang-orang berdekatan. 46 kes dilaporkan menyebabkan kecederaan seperti lebam, patah gigi & patah kaki & tangan. Diharamkan pada tahun 2006 











5. Battlestar Gallactica Missile Launcher
Dilancarkan pada tahun 1978. Tahun 1979 dilaporkan seorang kanak-kanak meninggal dunia selepastercekik pada salah satu alat pelancar peluru berpandu 







6. Snacktime Cabbage Patch Dolls – Mattel
Terkenal pada tahun 80an – 90an. Mempunyai rahang otomatik yg akan mengunyah apa sahaja yg dimasukkan ke dalamnya. 35 kes kecederaan jari dilaporkan. Diharamkan pada tahun 1997












7. Easy Bake Oven – Hasbro
Penutup depan ketuhar ini memerangkap jari si manja ketika si manja ingin mengambil bahan yg telah dimasak. Menyebabkan seorang kanak2 berusia 5 tahun putus jari. Kes lain yg dilaporkan seperti lebam tangan.Hasbro berhenti pengeluaran pada tahun 2007 











8. Sky Dancers Flying Dolls
Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta, patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000.





 9. Aqua – Dots
Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik tersebut. Diharamkan pada tahun 2007.





 10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle
Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh dari motosikal ini kerana kelajuannya. 



Khamis, 24 Oktober 2013

Tembak pegawai bank: KDN batal lesen syarikat keselamatan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.



Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.

Rabu, 23 Oktober 2013

Pegawai wanita maut ditembak semasa rompakan bank

SUBANG JAYA: Seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.
Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek berusia 37 tahun yang berkhidmat di bank sama dikatakan melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa ketika mereka bergelut sejurus selepas membuka pintu peti kebal di bank berkenaan.
Menurut sumber, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.

Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Hingga jam 9 malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan.
Gambar muka pak Guard sedetik sebelum 
menembak mangsa. Dlm rakaman tersebut 
beliau tidak teragak2 melakukan tembakan.

Selasa, 22 Oktober 2013

Perlaksanan hudud di brunei ..



Semalam brunei sudah pun
 menguatkuasakan
 hudud di brunei atas 
perkenan sultan nya..




Ahad, 20 Oktober 2013

‘Doa di Makkah termakbul’

Pasir Puteh: “Doa keluarga dan beberapa saudara serta jiran yang pergi menunaikan haji di Makkah supaya ayah selamat, akhirnya dimakbulkan-Nya,” kata Mohamad Aswadi Abdul Aziz, 22, anak kepada Abdul Aziz Daud, 58, yang berjaya ditemui dalam keadaan selamat selepas 19 hari hilang di tengah laut.
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, sejak ayahnya hilang 2 Oktober lalu, dia sekeluarga tidak mampu tidur lena, manakala ibunya, Asiah Ismail, 51, hilang selera makan.

“Setiap malam ibu tidak putus berdoa kepada Allah SWT, selain turut melakukan solat hajat supaya ayah dapat ditemui.
“Kami juga meminta saudara dan jiran yang pergi menunaikan haji supaya turut mendoakan keselamatan ayah,” katanya ketika ditemui di Jeti Kuala Besut, Terengganu, semalam.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Maritim Daerah Maritim 10 Tok Bali, Kapten Wan Burhanuddin Jusoh ketika dihubungi berkata, sebuah kapal dan tiga bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diarahkan melakukan operasi mengesan mangsa sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.

Selain itu, katanya, pihaknya turut meminta bantuan daripada nelayan tempatan supaya segera menghubungi APMM jika berjaya menemui mangsa. “Pada 10 Oktober lalu, pihak kami mendapat maklumat daripada seorang nelayan bahawa dia menemui Abdul Aziz sebelum botnya ditambat pada unjam bagi mengelakkannya hanyut.
“Sebaik tiba, mangsa sudah tiada di lokasi selepas tali yang digunakan untuk mengikat pada unjam itu dikatakan terlucut menyebabkan botnya hanyut dibawa arus,” katanya.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor Asisten Superitendan Wan Ismail Wan Mamat pula berkata, pihaknya bersama penduduk kampung turut melakukan gerakan mengesan mangsa di sekitar perairan Tumpat dan Kota Bharu.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Gadis 30 Tahun Tuntut RM21Bilion Daripada Kerajaan Malaysia

gadis
Tak pasti sama ada pengadu  ini waras atau tidak ketika datang ke sebuah balai polis di Negeri Sembilan, semalam.
Begitu juga sejauh mana keaslian salinan repot polis ini masih boleh diragukan namun kalaulah ia betul-betul berlaku, maka tindakan ini memang sukar difahami.
Dalam salinan repot polis yang kini hangat beredar di laman-laman sosial, seorang wanita bernama Khamsiah menuntut RM21 bilion kerana kononnya sudah dijanjikan tuhan sebelum dia lahir lagi bakal menerima wang berkenaan.
Jadi disebabkan dia lahir di Malaysia, dia mahu claim wang berkenaan daripada Kerajaan Malaysia.
Bagaimana agaknya perasaan pegawai polis yang menerima repot ini, ya.
Mungkin juga hatinya terdetik, “Ya Tuhan, kegilaan jenis apakah ini?”


Khamis, 17 Oktober 2013

Maybank2u masih selamat, tidak digodam

Kuala Lumpur: Malayan Banking Bhd (Maybank) menafikan laman perbankan Internetnya, Maybank2u menjadi sasaran penggodam seperti yang disebarkan di beberapa laman dan mesej digital seperti Facebook dan Whatsapp.
Syarikat perbankan terbesar Malaysia itu memaklumkan laman Maybank2u masih selamat untuk dilayari oleh pelanggan. 
“Kami boleh sahkan Maybank2u selamat dan di bawah seliaan keselamatan yang ketat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. 

Semalam, pengguna kecoh dengan penyebaran mesej yang memaklumkan penggodam dari Pakistan akan cuba menceroboh akaun pemegang menggunakan laman Maybank2u dan mencuri data selepas berjaya menceroboh laman Google.com.my.

Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab pula berkata, penyebaran berleluasa khabar angin mengenai isu keselamatan perbankan Internet di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp adalah tidak benar.


Selasa, 15 Oktober 2013

Lagi Peluru tembusi leher budak

Perak Tengah: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun parah di bahagian leher terkena tembakan pistol milik seorang anggota polis dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, anggota polis berpangkat sarjan itu dipercayai sedang mengosongkan senjata di hadapan rumahnya dan secara tiba-tiba terlepas satu das tembakan lalu terkena mangsa. 
Timbalan Ketua Polis Perak Tengah Deputi Superintendan Leong Ah Kow ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. 

Menurutnya, anggota berusia 40-an itu terlepas satu das tembakan sehingga terkena badan mangsa menyebabkannya cedera.
Foto
LOKASI kejadian kanak-kanak yang terkena tembakan di Kampung Belanja Kiri, Parit.

“Ketika kejadian suspek yang hendak mengosongkan senjata di hadapan rumahnya terlepas satu tembakan sehingga terkena mangsa yang kebetulan berada berhampiran jalan kampung 30 meter dari rumah berkenaan.


Isnin, 14 Oktober 2013

Gempak ! Cat Kereta Boleh Berubah Warna Apabila Terkena Air

Pelbagai innovasi khususnya pada kenderaan terus dikembangkan. Kali ini sebuah syarikat paint shop British, Auto Kandy, mampu merubah warna kereta dengan cepat jika terkena air.

Dipetik dari Worldcarfans, sebuah video mendemonstrasikan reaksi cat 'ajaib' ke atas sebuah kereta Nissan R33 Skyline ketika disiram air.

Lantas, kereta sport buatan Jepun yang pada awalnya berwarna orange berubah menjadi hitam, seperti kereta terbakar. Tapi tunggu, setelah air habis dan kering, warna asli dari cat kereta akan timbul kembali.

Inovasi dengan teknologi ini masih dikatakan amat jarang. Namun, dianggarkan lambat laun akan semakin popular dikalangan peminat after market.

Pasti reaksi ini akan membuatkan atau cemas pemilik tempat pencuci kereta. Sebab, ketika air disiram kereta akan kelihatan luntur. 
Bagaimana jika orang melihatnya ketika hujan turun??

Ahad, 13 Oktober 2013

TAHUKAH ANDA??

    BAWANG   





Muhasabah utk kita semua.

 Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. 
Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.
Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu. 
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."
Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?
"entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

-copy-
Apa kata anda?

Sabtu, 12 Oktober 2013

5 Das Tembakan Wanita Masih Selamat

KotaBKOTA BHARU – Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.
“Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu.
“Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Baharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.
Beliau berkata, kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.
“Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil, menurut sumber Bernama.
“Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran,” katanya.

Khamis, 10 Oktober 2013

25 minit Dapat RM1.8 Juta!!


(KEMASKINI) Tiga Lelaki India Mati Ditembak Larikan Emas RM1.8 Juta!


emas1
IPOH- Hasil tindakan pantas pihak Polis, tiga perompak kedai emas di Jelapang ditembak mati hanya 25 minit selepas rompakan berlaku.
Dalam kejadian jam 10.50 pagi tadi, empat lelaki India telah bertindak merompak sebuah kedai emas berdekatan dengan sebuah pasaraya di Jelapang Ipoh.
Perompak yang bersenjatakan pistol dan tukul besi memecahkan cermin pameran emas dan melarikan emas bernilai RM1.8 juta dalam masa tiga minit.
Polis yang menerima laporan bertindak pantas mengerah seluruh anggota yang berada di sekitar menjejaki keempat-empat penjenayah yang melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja.
Pada jam 11.15 pagi pihak polis berjaya menjejak kereta suspek yang berada 3 kilometer dari tempat kejadian.
Arahan polis supaya suspek menyerah diri tidak diendahkan dan dibalas dengan dua das tembakan yang mengenai kereta polis.
Polis yang terpaksa mempertahankan diri bertindak menembak mati tiga penjenayah manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit berdekatan.
Hasil pemeriksaan di dalam kereta yang digunakan suspek, polis menemui semula semua barang kemas yang dirompak dan senjata yang digunakan untuk melakukan rompakan iaitu sepucuk pistol sebilah parang dan dua tukul besi.
Semasa menjejaki suspek pihak polis juga menemui sepucuk pistol S&W 9mm.
Hasil semakan pihak polis juga kenderaan yang digunakan iaitu Proton Waja AFT 1975 (nombor palsu) adalah kenderaan curi yang hilang di Bayan Baru (nombor sebenar PFF 3383).
Pihak polis percaya penjenayah yang berjaya melarikan diri ke ladang berdekatan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan meminta klinik-klinik atau orang awam berdekatan tempat kejadian menghubungi pihak polis dengan segera jika ternampak lelaki India yang mengalami kecederaan kaki dalam keadaan mencurigakan.
Penduduk sekitar tidak perlu merasa bimbang, pihak polis telah mengerah segala kekuatan menjejak suspek yang berjaya melarikan diri termasuk meminta bantuan Pasukan Gerak Am, Ulu Kinta untuk menjejak suspek yang di syaki masih bersembunyi di dalam ladang kelapa sawit berdekatan. (FB Polisperak)

emasemas1emas2emas3


Subhanallah, Hujan Lebat & Banjir di Arafah


Semalam 9 Oktober 2013 lebih kurang pukul 3.30 petang (selepas asar) hujan lebat berserta angin kuat telah berlaku mengakibatkan banjir kilat sementara. Ianya satu kebiasaan yang berlaku hampir setiap tahun kerana perubahan musim dan suhu.

Kawasan perkhemahan Malaysia di Arafah hanya 30% yang terjejas. Namun begitu ianya tidak menjejaskan persiapan wuquf kerana TH yakin pihak Muassasah Asia Tenggara sedang giat membaik pulih dan menjemur khemah dan karpet yang basah tersebut.

Keadaan Cuaca yang panas terik hari ini akan mempercepatkan proses tersebut dan kami yakin dalam masa 3 hari semuanya akan siap bagi menyambut ketibaan jemaah haji pada 13 Oktober 2013 untuk berwuquf di Arafah. Pihak Muassasah Asia Tenggara yang berpengalaman luas dalam bidang ini tentunya dapat menangani situasi yang biasa mereka hadapi.

Bagi khabar angin tentang penutupan Lapangan Terbang KAAIA kerana ribut ini adalah tidak benar. Penutupan Terminal Haji KAAIA Jeddah adalah mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada semua jemaah haji seluruh dunia. Tarikh akhir bagi proses kemasukkan jemaah haji di Terminah Haji tersebut adalah pada 9 Oktober 2013 bersamaan 4 Zulhijjah 1434H.