Berita Disana Sini

Rumah Pokok Suku Korowai Setinggi 35 Meter Di Papua!

korowai-tree-house-0[6]
Di tengah hutan belantara timur laut Indonesia daerah Papua, terdapat satu suku kaum yang dikenali sebagai Korowai. Suku ini sangat terpisah dari dunia luar dan bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan untuk terus hidup. Suku kaum ini dijumpai oleh seorang pengembara dari Belanda pada tahun 1974 dan mereka hampir tiada hubungan langsung dengan dunia luar.
Suku kaum Korowai ini tinggal diatas rumah pokok atau ran yang mempunyai ketinggian sekitar 6-12 meter. Tetapi, ada juga yang membina rumah diatas pokok setinggi 35 meter. Tujuan mereka membina rumah yang tinggi ialah untuk mengelak daripada nyamuk dan juga bunyi bising dari jiran. Selain itu juga, mereka percaya bahawa roh-roh jahat selalu mengganggu di bahagian lantai hutan.



GEMPAR!! Tersebar Di Internet, Gambar Sukarelawan Malaysia Di Syria [TAKBIR..]

  
 Sukarelawan Malaysia Di Syria!

'Team kami terselamat dari serangan sniper basyar di Aleppo, tembakan hampir-hampir mengenai belakang van yang membawa kami'..

dan impian yang ditunggu-tunggu tiba jua..


DIBERI PELUANG MENEMBAK TENTERA BASYAR DARI KEDUDUKAN SNIPER FSA!!!

Keputusan kerajaan Malaysia MENYEKAT DAN MENGHARAMKAN SYIAH di Malaysia sangat tepat!!

Disclaimer:
Keputusan bertempur dengan tentera regim adalah keputusan peribadi dan tidak melibatkan team kemanusiaan yang disertai. Sebarang risiko adalah ditanggung sendiri.

P/S:  Tidak terhingga bangga dan terharu sangat apabila melihat dia sanggup ke syria untuk menjadi pejuang fi sabilillah.. Sama-sama lah kita doakan keselamatan dirinya dan diberi ganjaran pahala atas usahanya.. Inshaa Allah.. Amiin.

Pasangan kekasih bergaduh sampai bogel di tengah jalan raya


Beijing – Sepasang kekasih muda China bergaduh dengan menanggalkan pakaian dan berbogel di tengah jalan raya yang sibuk, semalam.
Sambil berdiri di tengah jalan dan menjerit ke arah satu sama lain si lelaki bertindak menanggalkan pakaian terlebih dulu sebelum diikuti teman wanitanya.
Insiden memalukan itu berlaku di jalan raya di Dongguan, wilayah Guangdong. Yang peliknya, pengguna jalan raya dan orang yang lalu lalang di situ tidak mempedulikan kelakuan mereka walaupun wanita terbabit bertelanjang bulat di tengah jalan. Saksi, Jiang Dayu sempat merakam aksi pasangan berkenaan dengan menggunakan telefon bimbitnya. “Pasangan itu mula bergaduh di tepi jalan sebelum beralih ke tengah jalan.
“Mereka tidak mengendahkan kesesakan jalan raya walaupun pemandu membunyikan hon dan terpaksa 
mengelak daripada melanggar mereka,” katanya.
Walaupun pergaduhan agak sengit, tetapi pasangan terbabit akhirnya berdamai dan saling berpelukan sebelum beredar dari tempat itu.
Wanita terbabit dilihat masih tidak berpakaian ketika meninggalkan tempat berkenaan






#Subhanallah!!
 Percayakah Anda Wanita Ini Adalah Sniper Syria Yang Digeruni?

Percayakah Anda Wanita Ini Adalah Sniper Syria Yang Digeruni? | Seorang perempuan bertudung yang sedang memegang senjata menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet..Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria.
Identiti perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya tidak didedahkan..

Dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu.. 


Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu. Perkara itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad tersebut..
“Saya suka bertempur. Saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam” ujarnya.

“Menembak musuh membuatkan saya berasa lega. Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak ‘yes” katanya.
Meskipun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain. Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan. - sumber

Subhanallah! Semoga Allah melindungi beliau dan umat Islam seluruhnya di Syria sana. Sama-sama kita doakan mereka! -






Jasmin Hamid
PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.
Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.
“Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.
“Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena.

Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin.
Mujurlah budak kecil tiada ketika itu,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.
Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.
“Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.
“Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.

Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.
“Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu
tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.
“Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana,” tegasnya.
Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.
sumber: Mstar Online


Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat


Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat  | Bercakap tentang pergorbanan para sahabat waktu ketika dahulu memang tiada tandingannya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demiIslam. Jadi tidak hairanlah, apabila seorang sahabat yang dikenali sebagai Hanzalah bertindak menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW biarpun dirinya baru sahaja mengadakan majlis pernikahan. Ia biarkan rasa seronok, semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Islam. Allahuakhbar!


Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.” Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w.. “Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka.” “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah.”
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan.” Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan.”
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak.” Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.


Orang Asli Amazon Yang Tidak Pernah Berjumpa Dengan Manusia Moden Ditemui

Beberapa pegawai Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon selepas satu puak mengandungi 200 orang dikesan menerusi satelit.

Tiga kawasan lapang yang diduduki puak itu dikenal pasti terletak di barat daya Brazil berhampiran sempadan Peru tetapi kewujudan mereka hanya disahkan selepas beberapa ekspedisi udara dengan menggunakan sebuah pesawat dibuat pada April lalu.Dalam awal minggu ini juga, tiga kawasan dikesan telah dibersihkan dalam hutan di barat daya dekat sempadan Peru.Para pegawai yayasan pribumi itu mengganggarkan terdapat 68 populasi hidup terasing yang tinggal jauh di tengah hutan Amazon.
Puak orang asli yang baru ditemui itu tinggal di dalam empat rumah beratap jerami dan menanam jagung, pisang dan kacang tanah dan tanaman lain.Komuniti itu tinggal berhampiran sempadan Peru di hutan simpan Vale do Javari seluas negara Portugal dan menjadi tempat tinggal lebih 14 puak pribumi yang hidup terpencil.


“Kerja-kerja untuk mengenal pasti dan melindungi populasi itu adalah sebahagian daripada dasar awam Brazil,” kata seorang penyelaras yayasan berkenaan, Fabricio Amorim.
Menurutnya, pemerhatian awal menunjukkan puak orang asli itu tergolong dalam etnik yang menggunakan bahasa pano yang hidup dari hutan Amazon di Brazil sehingga ke hutan di Peru dan Bolivia.Kawasan berkenaan memiliki bilangan puak orang asli yang terbesar di dunia.



AWAS! KEPAK AYAM PALSU BUATAN CHINA

AWAS! Kepak Ayam Palsu Buatan China |  Produk China menyerang lagi.. Terdapat banyak produk palsu dari China. Sebelum ini kita telah lihat mengeluaran telur palsu, susu tepung dicemari melamin, elektronik dan juga pemalsuan Apple Store. Immposibble is nothing.

Terbaru adalah pemalsuan kepak ayam.. diulangi..kepak ayam yang belum digoreng. China melaporkan bahawa sayap ayam palsu telah sedia untuk dipasarkan di kedai2 jalanan. Warna, tekstur dan penampilan kepak ayam adalah tidak berbeza dari kepak ayam sebenar dan melainkan jika anda seorang pakar makanan, anda tidak boleh mencari perbezaa. 


Baru-baru ini, seorang pengguna di China telah membeli 500 gram kepak ayam palsu di pasar raya Guangzhou. Dan dia tahu bahawa sayap ayam ini telah dihasilkan di Weifang, sebuah bandar wilayah-peringkat di tengah-tengah wilayah Shandong.

Harga adalah lebih murah daripada biasa. Apabila memasak  kepak ayam tersebut untuk kira-kira 20 minit, warna dan tekstur kekal sama, yang daging kelihatan tranparent dan seperti agar-agar. Beliau mengambil menggigit dan mendapati ia terlalu kenyal dan susah untuk menelan.

Beliau fikir mungkin belum cukup masak dan beliau menggoreng lagi selama sepuluh minit. Sekali lagi, ia masih sukar untuk menelan. Lelaki itu mula mengesyaki apa yang dia telah dimakan, jadi dia dihubungi peruncit tetapi orang yang menjawab telefon mendakwa bahawa dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan makanan dan tahu apa-apa tentang kepak ayam itu.

Adakah benar-benar beberapa sayap ayam palsu telah dijual di China? Media tempatan China membuat beberapa kesimpulan. Pertama, membuat sayap ayam palsu memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi dan pengetahuan biologi.

Untuk memalsukan kepak ayam, ia adalah rumit untuk ‘meniru’ daging melekat pada tulang. kadang2 terlalu tidak logik. Kepak palsu kononnya mungkin telah disuntik beberapa jenis gelatin yang boleh dimakan dan air, dan kimia sebatian yang tidak diketahui untuk menjadikan ia lebih berisi dan lebih berat, untuk menjual pada harga yang lebih tinggi.

Di sebalik ini, beberapa penduduk China masih tidak percaya dan mengejek bahawa jika seseorang itu boleh membuat kepak ayam palsu, maka dia pasti akan memenangi Hadiah Nobel. Sementara itu, skepak ayam palsu masih di bawah penyiasatan untuk mengetahui sama ada memudaratkan kesihatan orang. 


ALAMAK!!! NEELOFA KENA 'SOUND' DENGAN YUSOF HASLAM!!!




PENGURUS pelakon jelita Neelofa, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam menegur Neelofa supaya ‘Jangan Lupa Diri’.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Nama pelakon seksi, Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Memetik laporan gosip sebuah akhbar yang disiarkan hari ini, perkara ini tercetus apabila Yusof, Pengarah Urusan Skop Productions mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.

Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.


SHAH JASZLE PUTUS TUNANG, SERANG PASANGAN KHALWAT (FARAH) DI BANGSAR?



Shah Jaszle Putus Tunang, Serang Pasangan Khalwat di Bangsar? | Nampaknya ikatan pertunangan antara pelakon Shah Jaszle dan Redzwani Puteri sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Gelora yang melanda Shah Jaszle sejak ditangkap khalwat baru-baru ini nampaknya semakin membesar. Berdasarkan laporan sebuah portal hiburan, Redzwani Puteri telah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Shah Jaszle.

Diberitakan juga Shah Jaszle yang sakit hati dan bengang dengan keputusan Redzwani Puteri itu telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya, Farah yang menjadi ‘punca’ masalah yang melandanya. Shah Jaszle dikatakan memang benar-benar melepaskan amarahnya kepada Farah dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai. Khabarnya, dek kerana pertengkaran berkenaan pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam.
p/s: Mmm.. Makin kelaut jadinya…

Tiada ulasan: