Khamis, 29 Ogos 2013

Kempunan Ferrari..

Hasrat seorang ahli perniagaan bergaya dengan kereta Ferrari baru berkecai, sebaliknya terpaksa menangung kerugian RM570,000 selepas wang tunai dan kereta yang diberikan kepada seorang penjual kereta sebagai bayaran pendahuluan lesap.



Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, mangsa yang berusia lingkungan 40-an mendakwa mula mengenali suspek sejak Oktober tahun lalu sebelum dipujuk membeli kereta Ferrari yang dijualnya.

Katanya, suspek kononnya mendakwa dapat menjual kereta Ferrari berkenaan dengan harga sekitar RM1.2 juta berbanding harga asal di pasaran kerana dibeli menerusi Permit Import (AP) menyebabkan harganya lebih murah.
“Tertarik dengan tawaran yang diberikan, mangsa menyerahkan kereta Jaguar miliknya bernilai RM270,000 serta wang tunai RM300,000 sebagai wang pendahuluan.

“Sebelum itu, suspek yang berusia 30-an pernah membawa Ferrari itu untuk ditunjukkan kepada mangsa menyebabkan ahli perniagaan itu tidak ragu-ragu menyerahkan kereta dan wang tunai berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdul Razak berkata, selepas wang dan kereta Jaguar milik mangsa berpindah tangan, suspek menghilangkan diri serta gagal dikesan sehingga hari ini, menyebabkan mangsa kerugian RM570,000.
Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis pada 21 Ogos lalu.

Katanya, setakat ini pihak polis masih menjejaki suspek lelaki berkenaan.





Rabu, 28 Ogos 2013

Tiada tayangan Tanda Putera di P Pinang

Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) akur dengan “arahan” kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem kontroversi 'Tanda Putera' di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut.

                                   

Satu kenyataan GSC pagi ini menyebut, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.

"Selari dengan arahan Kerajaan Pulau Pinang semalam, filem filem 'Tanda Putera' tidfak akan ditayangkan di Pulau Pinang," kenyataanitu dipetik.
Tindakan untuk menghalang penayangan filem berkenaan diumumkan oleh exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, semalam.
Menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam reaksinya semalam menyifatkan tindakan berkenaan mencerminkan "kebodohan" kerajaan negeri itu.

"Itu membayangkan kebodohan mereka. Orang yang membuat keputusan itu, mereka sendiri tidak menonton filem tersebut. Seharusnya mereka mendengar pandangan profesional terlebih dahulu sebelum membuta-tuli mengharamkan," katanya lagi. 





                        





Masalah Kesihatan Yg Paling Ada Pada Wanita

Ada beberapa masalah kesihatan yg sering melanda kaum wanita tetapi amat malu utk didedahkn kpd doktor. Sehinggakan mereka sanggup menderita dan menjeruk rasa..tetapi tahukah anda, dgn sikap begitu anda telah menyeksa diri sendiri malahan lebih teruk lg anda turut melibatkan suami anda sendiri.
Topik-topik yang ada kena-mengena dengan ‘tandas’ seperti terlalu kerap membuang air kecil, masalah pundi kencing, usus, datang bulan dan keputihan muncul keadaan yang paling memalukan kaum Hawa diikuti dengan masalah badan dan kemaluan berbau serta nafas yang kurang menyegarkan.

Bagaimanapun, menutup mulut tentang isu-isu ini tidak lebih daripada satu perbuatan yang merugikan kerana untuk pengetahuan anda, terdapat sekian banyak rawatan yang ditawarkan di luar sana. 

Berikut digariskan enam masalah paling memalukan yang dihadapi oleh wanita. Turut dimuatkan alasan kenapa anda tidak perlu lagi berdiam diri berpeluk tubuh mengenainya. Kita mulakan dengan:



Tiada data yang dapat memberitahu jumlah sebenar wanita-wanita di negara ini yang menderitai masalah ini.
Bagaimanapun, sebagai perbandingan dengan negara yang selalunya dijadikan rujukan iaitu Amerika Syarikat (AS), ia mengganggu lebih 17 juta warga wanitanya.

Namun dengan jumlah sebesar itu, masih lagi mereka berasa gusar untuk ‘berbual-bual’ dengan doktor mengenainya.
Pada pendapat mereka, jika anda telah dilatih untuk menggunakan tandas sejak kecil lagi, kenapa pula anda tidak boleh mengawalnya kini?
Isu ini turut dilihat mempunyai kaitan dengan faktor penuaan dan pada dasarnya, jarang orang yang mahu mengaku tua.

Satu daripada tiga wanita yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal kencing ini dikategorikan masih muda iaitu bawah 35 tahun.
Kebocoran kencing adalah sesuatu yang dianggap tidak normal dalam apa keadaan sekalipun jika anda telah dilatih untuk ke tandas.
Apa pun, berita baiknya terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk masalah ini. Kewajipannya terpulang kepada pesakit sendiri.
Jangan fikir doktor akan mengadili anda yang bukan-bukan. Malah, kemungkinan besar doktor tersebut boleh membantu.
Anda hanya perlu mengadakan temu janji dan berjumpa doktor. Kemudian katakan dengan yakin: ‘‘Saya mengalami masalah kebocoran kencing (tidak dapat mengawal kencing atau kerap membuang air kecil).’’
Tip pengurusan yang anda pandai-pandai lakukan sendiri di rumah ada ketikanya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Misalnya, ada sesetengah wanita yang pundi kencingnya terlalu aktif ini mengambil keputusan untuk mengurangkan pengambilan cecair.
Logiknya ada di situ tetapi apa yang anda tidak tahu adalah, tindakan itu sebenarnya akan meningkatkan keradangan pundi kencing dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.
Bilakah kekerapan membuang air kecil merupakan sesuatu yang normal? Jawapannya, menjelang tahun-tahun menopausal (putus haid).

Dalam keadaan ini, ubat- ubatan tertentu, pengubahsuaian pemakanan dan senaman kegel (kemut) berupaya membantu menguatkan otot- otot yang mengawal pengeluaran air kencing.
Kencing yang terlalu kerap juga boleh menjadi tanda penyakit-penyakit lain yang memerlukan penilaian ataupun akibat kesan sampingan ubat-ubatan yang anda sedang ambil.

Semua orang mempunyai angin di dalam badan mereka tetapi kebanyakan daripada kita enggan mengakuinya.
Mengakulah kepada doktor anda kerana angin selalunya berkait rapat dengan pemakanan. Ia juga boleh dirawat dengan pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi-farmasi sahaja.
Ada beberapa punca lagi yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya setakat akibat memakan kekacang.
Anda mungkin terkejut apabila mendapat tahu bahawa minum menggunakan straw boleh menyebabkan angin di dalam usus dan perut. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang mempunyai empat kelopak bunga seperti sawi.



‘‘Gangguan ini mempamerkan gejala-gejala seperti sakit perut atau rasa tidak selesa di samping perubahan corak membuang air besar seperti sukar membuang air besar (sembelit) atau sebaliknya, terlalu kerap pula ke tandas (cirit-birit),’’ kata Pakar Perunding Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh@Embat.
Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Yayasan Antarabangsa bagi Gangguan Fungsi Gastrousus yang berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin, ia menjejaskan antara 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.
Pesakit IBS mungkin berasa malu kerana mereka berasa berbeza daripada orang normal lain tetapi hakikatnya, ia merupakan satu gangguan yang sangat biasa di kalangan wanita khususnya.
Sekali lagi, terdapat banyak maklumat serta rawatan yang boleh membantu menjadikan hidup anda lebih terurus.
Malangnya, ramai wanita yang memilih untuk sengsara seorang diri sedangkan banyak lagi yang senasib dengan mereka sebenarnya.



Ramai wanita yang berasa malu apabila merembeskan peluh yang melampau banyaknya tidak kiralah sama ada ia keluar menerusi tapak tangan atau ketiak. Mestilah malu, bukan?
Masalah ini perlu diperiksa oleh seorang doktor. Terdapat preskripsi nyahpeluh yang boleh digunakan dan dalam kes-kes yang ekstrem, suntikan Botox juga boleh menjadi penyelesaian bagi merawat tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.
“Jika anda mendapati ada perbezaan dalam cara anda berpeluh atau ia menyusahkan sehingga anda tidak boleh melakukan aktiviti tertentu seperti orang lain ataupun ia menyebab kemurungan untuk menjalani kehidupan seharian, terdapat pilihan rawatan yang ada,’’ kata Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Institut Jantung Negara, Dr. Jeswant Dillon.
Kesihatan pernah menyiarkan artikel berkenaan rawatan ETS iaitu pembedahan kelenjar saraf simpatektomi torasik endoskopi bagi mengatasi masalah peluh berlebihan yang luar biasa di institut berkenaan.



Ini boleh menjadi tanda jangkitan tetapi tidak semestinya jangkitan yis, kata Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael.
‘‘Sesetengah wanita terlebih mengguna pakai krim yis yang dibeli di kaunter farmasi dan terlepas untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan tepat.
‘‘Sesetengahnya pula merasakan ia sekadar bau yang berbeza, tidak lebih dari itu. Keadaan ini boleh memberikan kesan terhadap imej tubuh atau perasaan mereka semasa melakukan hubungan kelamin,’’ katanya.
Pokok pangkalnya, berbincanglah dengan doktor anda.



Wanita mungkin berasa terlalu segan untuk membawakan masalah kekurangan nafsu seks ini ke pengetahuan doktor tetapi ia sebenarnya boleh menjadi petunjuk kepada keseluruhan masalah yang ada.
‘‘Kekurangan libido mungkin disebabkan oleh masalah psikologi, biologi mahupun sosial. Jadi, ia memerlukan penyiasatan menyeluruh kesemua aspek bagi menentukan punca penyebabnya,’’ kata Pakar Sakit Tuan yang tidak asing lagi, Dr. Ismail Tambi.
Misalnya, seorang wanita mungkin terpaksa menjaga orang tuanya yang telah uzur dan banyak masanya diperuntukkan secara fizikal dan mental (emosi) sehinggakan tiada masa untuk seks (sosial).
‘‘Keinginan syahwat yang menurun mungkin ada kaitannya dengan kemurungan, kekhuatiran atau imej tubuh yang negatif (psikologi).
‘‘Isu-isu biologi seperti penyakit jantung dan diabetes atau ubat-ubatan yang menjejaskan rangsangan seks turut memainkan peranan di dalam masalah ini,




SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE -- 56






Selasa, 27 Ogos 2013

Like Jika SETUJU..


Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

NONEKetua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif.

Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi.





Isnin, 26 Ogos 2013

Wanita Berotot




Di luar negara, kebanjiran perempuan berotot tak hairan lagi kerana mereka mempunyai badan saiz besar berbanding wanita Asia. Bahkan ketinggian dan berat badan mereka lebih berganda daripada masyarakat di sini. 
Jika kita lihat jurulatih sukan wanita luar negara, cenderung memiliki tubuh berotot dan lebih sasa, hingga tak dapat nak bezakan lelaki dan perempuan kerana saiz badan hampir serupa.

Salah satunya menerusi rancangan gusti yang hebat ditayangkan di Malaysia, di mana program televisyen itu bukan hanya disertai oleh kaum lelaki malah turut ada kaum wanita yang ‘lawan’ sesama jantina.

Isu ini agak janggal di negara kita dan payah untuk lihat wanita tempatan ada otot besar. Malahan akan jadi satu tanda tanya bila ada kaum Hawa pasang ‘niat’ untuk simpan otot lengan. Sedangkan di sini, lambakan produk kurus di pasaran untuk wanita tapi masih ada antara mereka ingin kelihatan sasa seperti lelaki.

Berbeza dengan masyarakat barat, perempuan di sana tak ambil pusing anggapan orang sekeliling. Namun persepsi ini akan berubah jika bertukar ke Malaysia. Perempuan berotot akan dipandang sebelah mata dan dituduh yang bukan-bukan oleh sebilangan pihak.

Perspektif kaum lelaki terhadap wanita berotot juga tak mampu diubah kerana secara lumrah lelaki akan pilih pasangan wanitanya yang mempunyai saiz kecil, kurus atau tubuh sederhana besar dan bersopan santun ibarat ‘gadis Melayu terakhir’.

Faham bila tak semua kaum Adam dapat terima perempuan ada otot besar dan bimbang seandainya wanita itu lebih kuat daripada dirinya. Paling tidak bimbang jika ada kelakuan lelaki yang tak disenangi akan berlakunya kejadian tumbuk-menumbuk, mahu lebam biji mata lelaki!

Dianggap tak cantik juga antara tohmahan yang bakal dilempar kepada perempuan berotot besar. Namun tak gusar jika penumbuk besar naik ke muka? Lucu bila membayangkan!

Selain badan berotot sudah tentu lelaki berfikir dua kali untuk melamar wanita itu sebagai isteri atau kekasih. Ditambah pula bila bakal ibu mentua turut takut untuk ‘bermenantukan’ mereka yang badan sasa ini.

Sentuh berkaitan dengan sukan di Malaysia pula, atlit wanita perlu mempunyai badan berotot untuk kuatkan stamina tubuh mereka terutama sukan bina badan dan angkat berat.

Persoalannya, kenapa ada juga wanita yang menganggap perlu untuk perempuan simpan otot? Halnya kerana kejadian rogol, ragut dan bunuh buat perempuan bimbang untuk keluar rumah kerana kebanyakan mangsa adalah wanita, hingga pasang badan bukan untuk kurus dan cantik tapi simpan otot besar agar dilihat kuat.

Kejadian yang banyak menimpa kaum Hawa itu beri tamparan hebat buat mereka hingga ambil langkah berjaga-jaga dengan menayang otot lengan.

Justeru lelaki tak berani nak buli dan tak akan pertikaikan kemampuan seseorang wanita. Mereka juga rasa lebih selamat dengan saiz itu agar tidak dilihat lemah oleh kaum lelaki.

Antara sebab lain ingin dilihat gagah seperti lelaki dan kelihatan lebih berani. Selain minat dan cenderung untuk pergi ke gimnasium antara punca perempuan bina otot.

Pada dasarnya lelaki dan perempuan digalakkan bersukan untuk menjaga kesihatan agar lebih baik dan terhindar daripada sebarang penyakit merbahaya seperti masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Untuk elak penyakit itu merebak lebih teruk, mereka beranggapan perlu lebih sihat dan berotot.



Kesihatan Wanita : Apa Yang BIORICH Tawarkan Kepada Anda?


Orange Collagen diformulasi dari ekstrak buah Oren terpilih dan vitamin C yang bermutu tinggi. Diadun bersama Pure Marine Collagen yang berfungsi menegangkan, menggebukan kulit dan mengatasi masalah jeragat. Sementara L-Glutathione yang dihasilkan dari buah-buahan dan sayur-sayuran berupaya mencerahkan kulit. Orange Collagen Biorich merupakan rumusan lengkap untuk lelaki dan wanita.

Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan. Kolagen adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat.



Membantu merawat jerawat dan parut dengan lebih cepat.
Membantu mencerah dan melembapkan kulit secara menyeluruh.
Membantu menghalus, menganjal dan melembutkan kulit dalam masa yang singkat.
Membantu mencegah kanser.
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Bertindak sebagai anti oksida dan anti penuaan.
Membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Mengurangkan kedutan dan garis halus.
Mengurangkan sakit sendi.
Meingkatkan tenaga dan lebih aktif.
Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung.
Menguatkan otot, kuku dan tulang.
Mengatasi masalah sembelit.



Ahad, 25 Ogos 2013

Waytha: Maka, kita tembak semua gengster?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata keganasan bukan satu jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi masyarakat India berhubung peningkatan kadar jenayah.


“Di setiap bandar utama di pantai barat, saya pasti ada beberapa kumpulan dan mungkin sama ramai seperti di Pulau Pinang. Itu jumlah yang besar dan menggusarkan.

“Adakah timbul cadangan supaya kita tembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kritikan ke atas kenyataannya sebelum ini berhubung tindakan polis menembak lima orang pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Episod tersebut mungkin menghapuskan lima orang dari jalanan dengan cara tersebut, tapi adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah jenayah?m” soalanya.

Beliau juga mengakui kenyataan polis pada hari Sabtu lalu bahawa masyarakat India menghadapi ancaman serius dalam peningkatan gengsterisme.

"Dalam perarakan pengebumian salah seorang dari yang meninggal dunia pada hari itu, akhbar melaporkan seramai 800 orang pemudia India didakwa anggoa Geng 04 menyertainya.

"Semalam dilaporkan bahawa pengarah CID Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota gengster menunjukkan 71 peratus dari kalangan orang India,” katanya.



Sabtu, 24 Ogos 2013

Saintis Akui Cara Tidur Rasulullah SAW Baik Untuk Kesihatan


Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.


“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas baginda bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar. Hari ini zikir tersebut lebih dikenali dengan 'Zikir Fatimah'.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.

                        


Jumaat, 23 Ogos 2013

Temuduga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pengambilan PDRM akan melaksanakan Temuduga Bagi Jawatan Konstabel Wanita dan Pemeriksaan Ujian Fizikal Bagi Konstabel Lelaki mulai 2 September 2013 di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

   

Kepada calon yang telah mendaftar secara online di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), semakan tarikh temuduga atau ujian fizikal boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) di Portal Rasmi PDRM.