Selasa, 19 November 2013

Rosmah Mansor kembali 'mengganas' Betul ke?

Big Mama terus dikecam dek kerana menggunukan jet eksekutif kerajaan sesuka hati mcm mak bapak die yang punye..skang gua nak tanye apa jawatan dia nak mewakili negara ni???sampai menelan belanja sebanyak RM14.95 juta untuk belanja petrol dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.
Setiap penerbangan dilaporkan menelan belanja kira-kira RM470,000



Isnin, 18 November 2013

Setuju Atau Tidak Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas di Jalan Raya?

SAYA terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bahawa kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan had jangka hayat kenderaan berikutan saranan oleh Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bahawa kereta berusia 12 tahun ke atas adalah tidak selamat.

Lebih membimbangkan apabila Datuk Abdul Aziz Kaprawi turut dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan menetapkan had jangka hayat kenderaan “perlu dibuat segera demi keselamatan rakyat”.

Pelaksanaan had jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun akan memangsakan beratus ribu rakyat Malaysia.

Kebanyakan pembeli kereta dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah membuat pinjaman selama sembilan tahun untuk melangsaikan hutang.

Dengan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan ini, selepas tiga tahun keluarga-keluarga di Malaysia terpaksa membuat hutang 
baru untuk membeli kereta.


Keadaannya lebih parah bagi pembeli dari keluarga berpendapatan rendah.

Kebanyakan mereka hanya mampu membeli kereta terpakai yang sudah pun berusia.

Bagi mereka yang meminjam untuk membeli kereta-kereta ini, pelaksanaan had jangka hayat kenderaan bermakna kereta mereka dikira haram di sisi undang-undang dan tidak boleh digunakan sedangkan hutang masih belum dilangsaikan.

Cadangan pelaksanaan had jangka hayat kenderaan adalah rentetan dari tindakan-tindakan yang menekan rakyat sejak Barisan Nasional menang (dengan tipu helah) dalam PRU13.

Setelah memungkiri janji untuk menurunkan harga kereta, Barisan Nasional menaikkan pula harga minyak.

Kini dengan cadangan menghadkan jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun, ini akan menindas keluarga-keluarga berpendapatan sederhana dan rendah serta menutup banyak perniagaan kereta terpakai.




Masalah utama bersabit pemilikan kereta di Malaysia yang pernah dilaporkan sebagai kedua termahal di dunia ialah struktur cukai dan pasaran domestik yang menyebabkan harga naik melambung.

Wujudnya cukai eksais yang melebihi 100 peratus ke atas kereta-kereta yang digunakan oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menenggelamkan keluarga dengan hutang kereta yang terlalu tinggi.

Cukai eksais yang terlalu tinggi ini juga memberi ruang kepada syarikat-syarikat pengeluar dan pengedar kereta untuk bersembunyi di sebalik struktur cukai ini untuk mengambil keuntungan yang lebih tinggi berbanding di negara-negara lain.

Oleh kerana pelaksanaan cukai eksais dan pemberian rebat cukai eksais adalah tidak telus, maka struktur margin keuntungan di atas setiap kereta yang dibeli juga tidak telus.

Akibatnya harga kereta di Malaysia terus kekal menjadi antara yang tertinggi di dunia.

Oleh sebab itulah, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menggariskan dasar-dasar automotif PKR telah menegaskan bahawa langkah pertama merombak struktur harga kereta yang mahal di Malaysia perlulah bermula dengan menghapuskan cukai eksais yang melampaui batas itu.

Apabila cukai eksais sudah tiada, barulah rakyat tahu bahawa jika harga tetap kekal tinggi bila dibandingkan dengan model yang sama di negara-negara lain, perbezaan harga itu berpunca dari tindakan mengambil untung yang berlebihan oleh pengeluar dan pengedar kereta.

Hanya dalam keadaan pasaran kereta seperti ini barulah wujud persaingan sihat di antara pengeluar dan pengedar kereta yang boleh menurunkan harga kereta supaya setanding dengan negara-negara lain bagi model yang sama.

Maka, sebarang usaha untuk memperkenalkan had jangka hayat kereta sebelum cukai eksais dihapuskan akan ditentang habis-habisan. Dasar had jangka hayat kereta hanya boleh dilaksanakan setelah harga kereta di Malaysia turun setanding dengan model yang sama di negara lain.

Ahad, 10 November 2013

TAHNIAH PDRM! Suspek rompak, bunuh di Ambank ditangkap!

tsussPETALING JAYA – Suspek utama dalam kes menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Nazri Omran dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang memakai T Shirt berwarna hitam dan berseluar jeans biru dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret di sini pada jam 3.17 petang.
Dia dikawal ketat oleh lebih sepuluh anggota polis bersenjata dibawa ke Mahkamah Majistret dengan tangan digari ke belakang.
Suspek kemudian dibawa keluar pada jam 3.40 petang dengan kereta polis dan diiringgi lima kereta polis yang lain.
suspekdireman1Dalam kejadian 23 Okt lalu, Norazita meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak oleh suspek di Subang Jaya.
Suspek juga melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000.

Khamis, 7 November 2013

Remaja hina Islam di Facebook berjaya ditahan di Melaka

Isnin, 4 November 2013

TAHUKAH ANDA..

 Gadis mana yang tidak mahu kelihatan bergaya apabila berhadapan orang ramai. Penampilan menarik dengan pakaian cantik, beg tangan mahal, solekan di wajah dan berkasut tumit tinggi.
Tunggu! Kenapa gaya menarik wajib dipadankan dengan kasut tumit tinggi? Adakah wanita yang memakai kasut rata berperwatakan membosankan?
Sebahagian wanita berpendapat, dengan menyarungkan kasut tinggi memberi lebih keyakinan terhadap diri. Apatah lagi pekerjaan yang memerlukan mereka bertemu orang ramai. Ada juga yang menganggap memakai kasut tumit tinggi akan membuatkan diri mereka kelihatan seksi, lebih tinggi dan menyerlah dalam kumpulan, malah tidak kurang juga mengatakan memakai kasut tumit tinggi membuatkan mereka lebih menawan serta anggun.

Tapi perlu diingat, tidak semua gadis suka kasut tumit tinggi. Ada yang gemarkan ‘sneakers’ dan kasut jenis bertapak rata kerana lebih mudah bergerak. Dan tidak boleh disangkal apabila makin banyak fesyen dan reka bentuk kasut dicipta untuk mempelbagaikan lagi gaya golongan jenis ini. Sama ada berjenama atau biasa, akan wujud daya penarik tersendiri.

Cukup hanya sepasang

Jika kasut tumit tinggi dikaitkan gaya elegan, tapi lain kisahnya dengan kasut tapak rata dan ‘sneakers’. Apapun, cita rasa setiap manusia berbeza-beza. Bagi mereka yang lebih meminati ‘sneakers’ atau kasut bertutup jenis bertali seperti kasut sukan, mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai gaya dan kenapa memilihnya. 

Pelajar yang juga pencinta kasut tapak rata jenis 'sneakers' , Izni Ain Fakhruddin, 23, berkata, dia menganggap kasut tumit tinggi sebagai aksesori bagi mereka yang lebih berusia. 

“Bagi saya, kasut tumit tinggi lebih sesuai bagi mereka yang berusia. Mungkin suasana kerja dan keinginan untuk nampak lebih sofistikated membuatkan mereka menganggap hanya kasut tumit tinggi penyelesaiannya. Tak bermaksud pelajar seperti saya tak perlukan kasut jenis ini tetapi cukuplah sekadar sepasang untuk dijadikan penyelamat ketika perlu.

“Walau kasar manapun perwatakan gadis dilabel ‘tomboy’ atau pengkid, saya yakin mereka akan tetap menyimpan sekurang-kurangnya sepasang kasut bertapak tinggi seperti ‘high heels’ atau ‘wedges’ untuk stok ketika keadaan memerlukan mereka memakainya seperti majlis konvokesyen dan sebagainya,” katanya.

Pilih selesa bukan gaya

Kasut tapak rata boleh dikatakan pesaing kepada kasut tumit tinggi. Jika tidak mahu kelihatan terlalu elegan, kasut tapak rata (flatshoe) dengan corak atau aksesori lain jadi pilihan. Ia boleh buatkan seseorang makin comel dan manis terutama apabila dipadankan dengan gaun paras lutut.

Disebabkan kasut jenis ini jadi pilihan kedua terbanyak dalam kalangan wanita, jadi wajarlah apabila ramai pereka kasut berlumba-lumba mengeluarkan rekaan terbaru. Bagi mereka yang kurang gemar kasut tapak tinggi, kasut ini dikatakan boleh membangkitkan keyakinan apabila digandingkan dengan pakaian sesuai. Tanpa mengira majlis formal atau tidak, kasut bertapak rata boleh disesuaikan di mana saja tidak seperti kasut tumit tinggi.

Bertanyakan kepada 10 orang gadis, rata-ratanya berpendapat kasut tumit tinggi membuatkan wanita nampak lebih bergaya, cantik dan yang penting lebih berkeyakinan. Mungkin juga faktor fesyen, media massa dan selebriti terkenal menggambarkan sebagai kasut tumit tinggi berada di tangga teratas, sekali gus mencipta persepsi kasut jenis ini perlu ada bagi setiap wanita.

Jika kebanyakan gadis seusia lebih menggemari kasut tumit tinggi, namun Farahida Anwar Syah, 21, pilihannya berbeza kerana lebih suka untuk memakai kasut tapak rata. Baginya dia lebih pentingkan keselesaan berbanding gaya. 

“Tak semestinya orang yang gemar pakai ‘flatshoe’ tak pandai bergaya. Bagi sesiapa yang cita rasa sama seperti saya, kami mengutamakan keselesaan walau dalam apa situasi sekali pun. Apa guna sanggup kejang kaki nampak terseksa semata-mata mahu kelihatan ‘ekstra’ cantik, tetapi hakikatnya terpaksa bertarung dengan kesakitan apabila pulang ke rumah,” katanya.

Penulis juga sama pendapat. Kasut jenis ini selesa dan kaki tidak akan sakit jika dipakai dalam jangka masa lama. Contohnya jika bertugas sebagai jurujual yang terpaksa berdiri selama lebih tujuh jam, tak wajar sekiranya kasut tumit tinggi jadi pilihan.

Gaya kasut tumit tinggi terhad

Tabiat memakai kasut tumit tinggi selalunya dipengaruhi keadaan sekeliling. Jika bekerja dalam suasana formal dan memerlukan anda berhias seperti eksekutif, tanpa sedar, kasut tumit tinggi akan semakin bertambah dalam koleksi kasut.

Ada berpendapat pemakaian kasut tumit tinggi membuatkan pergerakan seseorang terhad. Mungkin ada benarnya. Pandangan ini dikongsi jurujual atas talian, Husna Hassan, 27, dengan menjelaskan tidak ramai gadis remaja yang gemar mengenakan kasut tumit tinggi ketika ini memandangkan trend ‘boots’, ‘sneakers’ atau kasut jenis tapak rata lebih mengungguli pasaran.

Malah menurutnya, ‘flatshoe’ menjadi trend terkini dan ramai dalam kalangan pelanggannya juga banyak memesan kasut ini berbanding tumit tinggi.

“Saya sendiri gemarkan kasut tapak rata kerana lebih mudah nak berjalan dan kaki kurang sakit bila berjalan jauh. Walaupun berstatus penjual pakaian dan aksesori wanita, saya akui saya tergolong dalam kumpulan gadis yang kurang meminati kasut tumit tinggi.

“Banyak stok kasut yang didatangkan dari Korea dan China saya jual kepada pelanggan, tetapi kebanyakannya terdiri daripada kasut tapak rata. Penggayaan kasut tumit tinggi terhad, ia tak boleh dipakai ketika ke pasar borong, berjalan di taman atau ulang alik kerja dengan menaiki kenderaan awam,” katanya.

Jangan terlalu obses

Menurut kajian pakar kesihatan, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya. Ia mampu menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Disenaraikan beberapa kesan lain yang mungkin berlaku kepada mereka yang obses berkasut tumit tinggi:

Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

Ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.

Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
Kecacatan Haglunds juga sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

keputusan rasmi PRK DUN N.20 Sungai Limau Kedah: 4 November 2013

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan pertembungan antara Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mewakili parti Barisan Nasional (BN) dan calon Parti Islam Semalaysia (PAS) adalah Mohd Azam Samat

gambar calon prk dun sg limau kedah 2013 terkini keputusan rasmi prk dun sg limau 4 november 2013

Mengenai dua individu yang dicalonkan ini, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim berusia 52 tahun yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Manakala Mohd Azam Samat berumur 37 tahun adalah Ketua Pemuda PAS Jerai, juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, cucu kepada ‘tiga ulama besar Kedah
Tiga ulama yang dimaksudkan ialah datuk Mohd Azam, Abdul Hamid Ibrahim yang dikenali sebagai Pak Mid Bukit Besar, serta dua adik Abdul Hamid, iaitu Tuan Guru Haji Aziz Pendang dan Tuan Guru Haji Abdul Razak atau Haji Daq
Menurut laporan yang disiarkan oleh media arus perdana, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan dapat diumumkan kira-kira pukul 9 malam, Isnin

Keputusan  (PAS Menang majoriti (1,084 : Pas (12,069)  -  BN (10,985 )

Ahad, 3 November 2013

Bila Nenek Marah Minyak Naik Harga

Seorang nenek di UK meluahkan kemarahan terhadap kenaikan harga minyak dengan cara tersendiri dan jarang dilakukan orang seusianya iaitu bermain video game.
Menggunakan nama Gamergran87, rakaman nenek tersebut bermain Grand Theft Auto V penuh perasaan dimuatnaik laman social  hingga menarik perhatian ramai.


Dipos oleh Apa Apa Jer Video.

Jumaat, 1 November 2013

VIDEO di bawah dikatakan dirakam sewaktu jemaah hendak solat Jumaat.


Tiba-tiba terdengar suara jin yang menganggu jemaah yang hendak mendirikan sembahyang.
Menariknya, imam bertugas sempat berdialog dengan jin berkenaan

Ada yang mendakwa suara itu tiba-tiba muncul tetapi ada yang mendakwa ia datang dari salah seorang jemaah wanita yang berada di ruang atas.
Namun yang pasti, dalam video ini jelas semua jemaah terpinga-pinga kerana gagal mengesan bagaimana suara itu tiba-tiba boleh bergema di dalam masjid.

Anda lihatlah sendiri…Wallahualam

Klik Video  Jangan TerperanjatKan Aku.

Jana Income Sekali Seumur Hidup,Jom Daftar Terawal