Isnin, 4 November 2013

keputusan rasmi PRK DUN N.20 Sungai Limau Kedah: 4 November 2013

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan pertembungan antara Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mewakili parti Barisan Nasional (BN) dan calon Parti Islam Semalaysia (PAS) adalah Mohd Azam Samat

gambar calon prk dun sg limau kedah 2013 terkini keputusan rasmi prk dun sg limau 4 november 2013

Mengenai dua individu yang dicalonkan ini, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim berusia 52 tahun yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Manakala Mohd Azam Samat berumur 37 tahun adalah Ketua Pemuda PAS Jerai, juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, cucu kepada ‘tiga ulama besar Kedah
Tiga ulama yang dimaksudkan ialah datuk Mohd Azam, Abdul Hamid Ibrahim yang dikenali sebagai Pak Mid Bukit Besar, serta dua adik Abdul Hamid, iaitu Tuan Guru Haji Aziz Pendang dan Tuan Guru Haji Abdul Razak atau Haji Daq
Menurut laporan yang disiarkan oleh media arus perdana, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan dapat diumumkan kira-kira pukul 9 malam, Isnin

Keputusan  (PAS Menang majoriti (1,084 : Pas (12,069)  -  BN (10,985 )

Tiada ulasan: