Ahad, 29 September 2013

Anda Kerja Apa Ya?... Kerja Saya Korek Telinga Orang

Siapa sangka pekerjaan membuang tahi telinga wujud di dunia ini.Semua orang tahu bertapa nikmatnya apabila mengorek telinga sendiri,tetapi bagaimana rasanya apabila telinga kita di korek oleh orang lain?

Seperti lelaki 38 tahun dari New Delhi, India, dia di katakan sangat mahir dalam mengeluarkan tahi telinga, orang membayar kepadanya untuk melakukannya pekara ini untuk mereka.Tidak di nyatakan dari sumber berapa hasil di perolehi setiap kali perhikmatannya di perlukan,tapi itulah hakikatnya. Pelik tetapi benar.

Sabtu, 28 September 2013

Ahli geng 04 berdepan hukuman gantung sampai mati

matt


AYER KEROH – Tiga lelaki disyaki ahli Geng 04 berdepan hukuman gantung sampai mati  ketika didakwa di Mahkamah Majistret, semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki dipercayai ahli Geng 08, Mei lalu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh, Narendranpathy, 26, P Setupathi, 25, dan Aiman Mazlan, 20, sejurus selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Maji-stret Syajaratudur Abd Rahman.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama empat yang telah dituduh serta bersama seorang lagi masih bebas melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian R Sivan, 31.
Kejadian  didakwa dilakukan mereka di hadapan sebuah rumah di Taman Bertam Jaya, kira-kira jam 10 malam, 4 Mei lalu, Menurut sumber Sinar Harian.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguambela.
Dalam penghakimannya, Syajaratudur kemudian menetap 31 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk lantikan peguambela tertuduh.
Sementara itu, ketika dibawa keluar dari mahkamah, ketiga-tiga tertuduh dengan tangan bergari secara terbuka menunjukkan isyarat angka empat dengan jari yang membawa maksud Geng 04.

Khamis, 26 September 2013

Isteri Mat Yo mohon maaf

Isteri Mat Yo mohon maafSiti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.
Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 


“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

Selasa, 24 September 2013

Apa Apa Jer Isteri Mat Yo maki Pak Guard 'lelaki dayus'

Video ini sekarang tersebar dengan meluas di ruang media sosial.

Video memperlihatkan isteri pemain bola sepak kebangsaan, Nur Shahrul Idlan Talahan atau nama popularnya Mat Yo sedang bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan.

Dipercayai ianya berkaitan dengan masalah parking kereta.

Isteri Mat Yo berkeras tidak mahu mengalihkan keretanya hinggakan memaki hamun pengawal tersebut dengan kata-kata kesat.

Pengawal tersebut yang pada mulanya dapat bersabar, akhirnya cuba melakukan sesuatu dari luar kereta.



Pengakuan Pengawal Keselamatan 

Khamis, 19 September 2013

Harapkan pagar, pagar makan padi!

Bahau: Harapkan pagar, pagar makan padi! Itu perumpamaan sesuai diberikan kepada dua kakitangan Jabatan Kesihatan yang ditugaskan memeriksa tempat pembiakan nyamuk aedes di sebuah bengkel kereta di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, di sini.
Ini berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka disyaki memasukkan jentik-jentik ke dalam kolam takungan di premis itu sebelum meminta ‘duit kopi’ RM50 daripada pemiliknya untuk mengelak dikenakan tindakan lanjut. 
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari, Selasa lalu membabitkan seorang kakitangan wanita dan rakan setugas lelaki yang memakai jaket tertera Jabatan Kesihatan.

Pemilik bengkel berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, berkata ketika kejadian dia tiada di kedai berikutan mempunyai urusan di luar.
“Saya dihubungi pekerja memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan datang membuat pemeriksaan bagi mencegah demam denggi dan mendapati sebuah tangki di bengkel saya ada jentik-jentik.



Cacat bukan penghalang terima ijazah

                                                                                     Walaupun pernah dinafikan peluang untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di peringkat awal kerana kecacatan fizikal namun ia bukanlah penghalang buat seorang insan kurang upaya (OKU) untuk mencapai impian.

Dengan kegigihan dan keazaman yang kental, Nik Nor Ermiza Rozana Mustaffa, 32, akhirnya menggenggam segulung ijazah undang-undang dan syariah dalam tempoh enam tahun apabila diberikan peluang kedua belajar di UIAM dari tahun 2005 hingga 2010.

Anak sulung daripada enam adik beradik ini yang menghidap penyakit kerapuhan tulang sejak dilahirkan dapat membuktikan kecacatan bukan satu penghalang.

Ketika mengimbau liku-liku yang dilalui semasa ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, dekat Besut, beliau berkata semasa mula-mula melapor diri pada 4 Julai, beliau agak terkejut apabila diberitahu yang pihak universiti belum bersedia untuk menerima beliau memandangkan kecacatannya yang boleh mengganggu pengajian kelak.

Menurutnya ketika itu, UIAM tidak dapat memberi jaminan beliau meneruskan pengajian setelah melihat keadaan fizikal dan ketinggiannya yang hanya 94 sentimeter ketika itu, serta tiada kemudahan untuk belajar bagi orang sepertinya sebelum pulang dengan hampa.

Bagaimanapun, beliau agak terkejut apabila didatangi sekumpulan pegawai diketuai Pengarah Pejabat Perhubungan Awam UIAM, Shamsul Azhar Mohd Yusof seminggu kemudian di rumahnya bagi membawa berita gembira yang beliau dibenarkan belajar.

"Saya amat berterima kasih kepada Rektor UIAM ketika itu Profesor Datuk Dr Mohd Kamal Hassan yang membuat keputusan hingga membolehkan saya menyambung pengajian dan dapat duduk selesa di bilik yang diubahsuai untuk orang seperti saya," kata anak kepada seorang petani Mustaffa Ibrahim, 55, dan Raja Rosnawati Raja Mamat, 50.

Nik Nor Ermiza Rozana berkata apa yang penting ialah tidak mudah jemu selain sering dibantu para pensyarah termasuk rakan-rakan di UIAM terutamanya untuk bergerak dengan kereta sorongnya.

Dengan kegigihannya, beliau menerima anugerah khas Abdullah Ibnu Umm Maktum pada Majlis Konvokesyen ke-25 kerana kejayaannya dalam pengajiannya.

Namun begitu sejak menamatkan pengajiannya di UIAM pada tahun 2010, Nik Nor Ermiza Rozana masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan berharap diterima bekerja supaya dapat membantu ibu bapanya yang banyak berjasa dan berkorban untuk kejayaannya sejak di bangku sekolah rendah.

Katanya beliau terpaksa menolak tawaran kerja dari Celcom dan Telekom Malaysia sebagai operator di Kuala Lumpur kerana ingin bekerja di Terengganu.

Namun begitu, beliau masih berharap ada pihak yang sanggup menerimanya untuk bekerja di Terengganu bagi memudahkannya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan berharap dapat bekerja sebagai Pegawai Syariah dengan kerajaan negeri Terengganu selepas menjalani temu duga bulan lalu.


Khamis, 12 September 2013

kristian malaysia sudah mula guna kalimah ALLAH walapun tanpa kebenaran makamah


Gambar tertera " Allah Bangkit " ini bukannya dari Indonesia tetapi sudah bertapak di Semenanjung Malaysia walaupun keputusan Mahkamah hari ini telah menangguhkan untuk membuat keputusan .

 Betapa biadap dan agresifnya gerakan Kristianisasi ini sedang bergerak dan mereka kini sudah mengguna secara haram kalimah suci hak umat Islam di negara ini .

 Firman Allah swt, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali redha dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni Al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni Al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada ALLAH” Al-Baqarah: 120


Gambar ini tersebar meluas di facebook hari ini ANALISIS POLITIK TERKINI yang mendedahkan sebuah NGO Penang Diocesan Migrant Ministry - DMM berpengkalan di P.Pinang telah menganjurkan satu program kursus di Teluk Intan dan menggunakan perkataan " Allah " secara haram .

 Jika anda perhatikan banner "Allah Maha Pengasih " , apakah tidak akan akan timbul kesannya kepada umat Islam jika Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah di negara ini ? Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak cucu kita akan mengucapkan “La ila ha illalah – Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH”;

Adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada ALLAH sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai ALLAH Maha Esa?Atau dia sedang merujuk kepada ALLAH Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari kristian – ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Roh Kudus!

Kami berharap pihak berkuasa akan menyiasat mengenai gerakan NGO kristian ini dikhuatiri menyalahgunakan kalimah Allah yang masih lagi dalam perbicaraan mahkamah dan perintah injuksi perlu dikeluarkan untuk menghalang mana-mana agama lain selain Islam menggunakan kalimah Allah merujuk kepada tuhan agama mereka.


Rabu, 11 September 2013

Jadikan panduan pada ibubapa..

Kanak-kanak dua tahun maut dirempuh kereta bapa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dirempuh kereta bapanya berikutan tindakan abangnya yang berusia empat tahun bermain-main di dalam kereta berkenaan dalam kejadian di Taman Kerian dekat Parit Buntar semalam.
    
Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata Mohd Adam, 2, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala setelah kereta itu mengundur dan merempuh anaknya itu.

    
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Mohd Ali berkata beliau berada di dalam rumah untuk mengambil barang selepas pulang daripada menghantar isterinya yang berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai.
    
"Saya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan bergegas keluar dan mendapati anak saya Aiman Yasin cuba menghidupkan enjin kereta," katanya.
    
Menurutnya, beliau cuba menahan anaknya itu daripada menghidupkan enjin, namun gagal lalu mengakibatkan kereta mengundur dan melanggar Mohd Adam yang berada di belakang kereta.
    
"Saya tidak menyangka kereta itu mengundur dan percaya Aiman Yasin telah memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain," katanya.
    
Beliau berkata Mohd Adam cedera parah akibat tersepit antara kereta dan dinding rumah.
    
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
    
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian itu.



Selasa, 10 September 2013

kerana cicak tokek...

Pemuda yang ditemui mati di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebuah lombong di Jalan Rantau Panjang Bestari Jaya pada 30 Ogos lepas disyaki dibunuh kerana seekor cicak tokek yang dianggarkan bernilai RM1 juta di pasaran gelap. 
    
Berikutan itu, polis menahan secara berperingkat 16 lelaki di sekitar Selangor dan hilir Perak dari 1 September sehingga semalam dan pemilik cicak tokek iaitu seorang wanita berumur 60 tahun di Kuala Selangor berhubung kes pembunuhan Syairul Helmi Azhar, 24.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang media di Shah Alam semalam berkata suspek itu dipercayai diupah wanita berkenaan untuk mengesan Syairul yang dikatakan menghilangkan diri selepas diamanahkan untuk menjaga dan mencari pembeli berpotensi cicak tokek itu. 
    
Suspek dikatakan berjaya mengesan Syairul lalu berlaku pergaduhan sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa daripada senjata buatan sendiri yang mengenai rusuk kanan simati.
    
Mohd Shukri berkata polis turut merampas pelbagai barangan termasuk satu batang paip besi menyerupai selaras senjata buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, sebuah beg hitam, kain putih, enam peluru hidup, tiga kelongsong peluru, sembilan telefon bimbit pelbagai jenis, pemutar skru dan playar.
    
Katanya, sehingga semalam, pihaknya belum menemui cicak tokek yang dikatakan itu.

Isnin, 9 September 2013

Cara mengatasi stress menurut pandangan Islam

                                                         
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah  dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

Punca   stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya  berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu  dan akal.

Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)


Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:  
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

Sakit
Terlalu kurus / gemuk
Hilang keceriaan diri
Lesu / letih
Terlalu / tidak langsung berhias
Agresif
Suka mengelamun
Sering lupa
Mengasingkan diri

Mudah marah
Mudah bosan
Tidak mampu menguruskan diri / kerja
Suka Mengalihkan kemarahan 
Sentiasa berpandangan negatif
Hilang pertimbangan / separa sedar

Terlalu cemburu
Penyedih dan sensitif
Terlalu gembira / riang
Ego dan mementingkan diri
Kemurungan
Kerisauan / kebimbangan

Sumber motivasi diri
Perubahan positif
Kecemerlangan diri
Kuat berusaha
Persaingan diri
Optimis
Keyakinan diri

Prestasi menurun
Resah gelisah
Hilang kesabaran diri
Rasa bersalah
Rendah diri
Pesimis dan sensitif
Hilang pertimbangan diri

Muhasabah diri / koreksi diri
Mengenali punca-punca tekanan:
-  Kurang Kemahiran
-  Kurang Ilmu
-  Kurang Komunikasi
-  Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
-  Pengurusan Masa tidak cekap
-  Masalah keluarga/kewangan dll 

Ambil tindakan tertentu:
 -  Menghadiri kursus
 -  Dapatkan bantuan pakar
-  Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll



Keinginan melakukan yang terbaik
Terlalu ideal
Tiada keyakinan diri
Putus asa / rendah diri
Kurang pengetahuan agama
Terlalu menjaga kepentingan orang lain
Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
Kaki kerja (workholic)
Gagal menguruskan masa

Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
Konflik Pasangan hidup  (suami / isteri)
Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
Perubahan kerja yang terlalu kerap
Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
Tidak mendapat penghargaan

Kegawatan ekonomi dunia  
Malapetaka / musibah
Jatuh sakit
Perubahan politik
Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
Perubahan status / kedudukan
Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
Perpisahan dan perceraian

Ubah rutin hidup
Latih diri dengan situasi baru
Bertenang, sabar, kawal, abaikan
Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
Redha dan menerima situasi
Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
Rehat, bercuti atau pindah
Bersenam
Sedar tahap keupayaan diri
Seimbangkan aktiviti kehidupan
Membuat perancangan yang teratur
Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
Dapatkan nasihat pakar

  a. Hajat
  b. Taubat

Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)

 -  Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia

 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.

 -  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit

Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.

Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup.  Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.






TAHUKAH ANDA BAHAYA PEWANGI KENDERAAN

AWAS! KETAHUI BAHAYA PEWANGI KENDERAAN | Zaman sekarang, boleh dikatakan semua barang kegunaan harian kita bercampur bahan kimia. Salah satunya adalah penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari.

Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu – toluena, benzena, formaldehid dan phthalates. (kalau tak tau boleh Google)
Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates – bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) – terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.
Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.


Serangan Di Zamboanga:Malaysia Keluar Amaran Keselamatan


KOTA KINABALU: 
Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan negari itu dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City.

Amaran keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.
Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan.
Menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut.
Dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga.
“Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu,” katanya.
Kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.
MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.



Ahad, 8 September 2013

Sayangi Mata Anda

Mata adalah amanah & anugerah yang tidak ternilai. Nikmat melihat yang diberikan perlu dijaga. Justeru itu, SAYANGI MATA ANDA membawakan perkongsian tentang kesihatan mata. Sebar-sebarkanlah perkongsian kami supaya semua orang mendapat manfaat.

Pesakit kencing manis mempunyai risiko untuk mendapat penyakit diabetik retinopati. 

Berhubunglah dengan optometris terdekat untuk pemeriksaan mata yang menyeluruh.

Pernahkah anda melihat imej ini? Tahukah anda bahawa imej ini adalah gambaran lapisan saraf di belakang mata anda yang turut dikenali sebagai fundus?

Gambar di bawah menunjukkan perbandingan antara lapisan saraf yang sihat (kiri) dan lapisan saraf yang mengalami pendarahan di dalam pesakit diabetik retinopati (kanan). Kajian di Amerika menunjukkan 40 - 45% pesakit kencing manis mempunyai risiko untuk mendapat penyakit diabetik retinopati ini.

Malangnya penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda awal yang ketara pada pesakit. Dengan itu, saringan awal amatlah penting untuk mengelakkan pendarahan ini berlaku sekaligus menyelamatkan penglihatan anda.

Berhubunglah dengan optometris kami untuk pemeriksaan mata yang menyeluruh termasuklah ujian kesihatan saraf mata anda


Rujukan: klik disini


Jumaat, 6 September 2013

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Berlepas Pagi Sabtu

Penerbangan haji pertama berlepas 1.30 pagi Sabtu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah, Arab Saudi dengan 450 jemaah.


Penerbangan melalui Saudi Airlines SV5501 itu mengambil masa lapan jam dan dijangka tiba di Madinah pukul 11 pagi waktu Malaysia.
Kesemua jemaah haji sebelum itu diberi taklimat ringkas di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada kira-kira 9.30 malam oleh Pengerusi Kumpulan Tabung Haji Datuk Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Paduka Ismee Ismail.
Sejumlah 22,320 jemaah akan menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini dan bertolak secara berperingkat mulai awal pagi ini, termasuk menggunakan Malaysia Airlines (MAS).
Penerbangan terakhir ke Madinah ialah pada 9 Oktober ini manakala fasa kedua, iaitu operasi membawa balik jemaah haji, akan bermula 21 Oktober ini dan penerbangan pulang ke tanah air terakhir ialah pada 18 November. Pengarah Operasi Kelana Jaya Md Ridza Md Zain, dalam kenyataan media, menyebut terdapat tujuh stesen pelepasan haji kali ini selain KLIA iaitu Senai, Bayan Lepas, Alor Setar, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.
Beliau berkata terdapat 1,200 petugas haji di tanah air dan 564 orang bagi penugasan kebajikan serta perubatan di tanah suci.
Sementara itu, seorang jemaah, Zainal Abidin Wagiman, 67, dari Teluk Panglima Garang, Selangor bersyukur kerana hasrat menunaikan haji bersama isterinya, Marpunga Omar, 63, tercapai.
"Kami menunggu sekian lama untuk giliran dan akhirnya tiba hari ini. Perasaan berdebar-debar, dan pelbagai persiapan telah disiapkan sebelum ini," katanya.
Seorang lagi jemaah, Zainuddin Ismail, 40, dari Kota Baharu, Kelantan berkata beliau mendaftar untuk menunaikan haji sejak berumur 18 tahun dan bersyukur terpilih tahun ini.
"Berkat kesabaran, akhirnya impian saya tercapai jua. Terima kasih kepada Tabung Haji, keluarga dan rakan yang mendoakan pemergian saya," katanya.
Sementara itu, Azeez ketika ditemui pemberita selepas pelepasan jemaah haji itu, berkata sebanyak 64 penerbangan disediakan tahun ini di beberapa lapangan terbang antarabangsa tempatan.
"Ia melibatkan 38 di KLIA, masing-masing lima di Alor Setar, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang, tujuh di Johor dan masing-masing dua di Sabah dan Sarawak," katanya.-