Khamis, 10 Oktober 2013

Subhanallah, Hujan Lebat & Banjir di Arafah


Semalam 9 Oktober 2013 lebih kurang pukul 3.30 petang (selepas asar) hujan lebat berserta angin kuat telah berlaku mengakibatkan banjir kilat sementara. Ianya satu kebiasaan yang berlaku hampir setiap tahun kerana perubahan musim dan suhu.

Kawasan perkhemahan Malaysia di Arafah hanya 30% yang terjejas. Namun begitu ianya tidak menjejaskan persiapan wuquf kerana TH yakin pihak Muassasah Asia Tenggara sedang giat membaik pulih dan menjemur khemah dan karpet yang basah tersebut.

Keadaan Cuaca yang panas terik hari ini akan mempercepatkan proses tersebut dan kami yakin dalam masa 3 hari semuanya akan siap bagi menyambut ketibaan jemaah haji pada 13 Oktober 2013 untuk berwuquf di Arafah. Pihak Muassasah Asia Tenggara yang berpengalaman luas dalam bidang ini tentunya dapat menangani situasi yang biasa mereka hadapi.

Bagi khabar angin tentang penutupan Lapangan Terbang KAAIA kerana ribut ini adalah tidak benar. Penutupan Terminal Haji KAAIA Jeddah adalah mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada semua jemaah haji seluruh dunia. Tarikh akhir bagi proses kemasukkan jemaah haji di Terminah Haji tersebut adalah pada 9 Oktober 2013 bersamaan 4 Zulhijjah 1434H.
























Tiada ulasan: