Khamis, 10 Oktober 2013

25 minit Dapat RM1.8 Juta!!


(KEMASKINI) Tiga Lelaki India Mati Ditembak Larikan Emas RM1.8 Juta!


emas1
IPOH- Hasil tindakan pantas pihak Polis, tiga perompak kedai emas di Jelapang ditembak mati hanya 25 minit selepas rompakan berlaku.
Dalam kejadian jam 10.50 pagi tadi, empat lelaki India telah bertindak merompak sebuah kedai emas berdekatan dengan sebuah pasaraya di Jelapang Ipoh.
Perompak yang bersenjatakan pistol dan tukul besi memecahkan cermin pameran emas dan melarikan emas bernilai RM1.8 juta dalam masa tiga minit.
Polis yang menerima laporan bertindak pantas mengerah seluruh anggota yang berada di sekitar menjejaki keempat-empat penjenayah yang melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja.
Pada jam 11.15 pagi pihak polis berjaya menjejak kereta suspek yang berada 3 kilometer dari tempat kejadian.
Arahan polis supaya suspek menyerah diri tidak diendahkan dan dibalas dengan dua das tembakan yang mengenai kereta polis.
Polis yang terpaksa mempertahankan diri bertindak menembak mati tiga penjenayah manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit berdekatan.
Hasil pemeriksaan di dalam kereta yang digunakan suspek, polis menemui semula semua barang kemas yang dirompak dan senjata yang digunakan untuk melakukan rompakan iaitu sepucuk pistol sebilah parang dan dua tukul besi.
Semasa menjejaki suspek pihak polis juga menemui sepucuk pistol S&W 9mm.
Hasil semakan pihak polis juga kenderaan yang digunakan iaitu Proton Waja AFT 1975 (nombor palsu) adalah kenderaan curi yang hilang di Bayan Baru (nombor sebenar PFF 3383).
Pihak polis percaya penjenayah yang berjaya melarikan diri ke ladang berdekatan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan meminta klinik-klinik atau orang awam berdekatan tempat kejadian menghubungi pihak polis dengan segera jika ternampak lelaki India yang mengalami kecederaan kaki dalam keadaan mencurigakan.
Penduduk sekitar tidak perlu merasa bimbang, pihak polis telah mengerah segala kekuatan menjejak suspek yang berjaya melarikan diri termasuk meminta bantuan Pasukan Gerak Am, Ulu Kinta untuk menjejak suspek yang di syaki masih bersembunyi di dalam ladang kelapa sawit berdekatan. (FB Polisperak)

emasemas1emas2emas3


Tiada ulasan: