10 Alat Permainan Kanak-Kanak Yang Telah Diharamkan
1.Jarts – Lawn Darts
Alat permainan paling bahaya di dalam sejarah. sepatutnya
dilontarkan pada permukaan rumput sahaja. Alart permainan dart ini boleh
munusuk ke mata, dan anggota badan sesiapa saja yg bermain dengannya. 6700
kecederaan termasuk buta dan 4 kematian di laporkan. Di haramkan selama-lamanya
bermula pada tahun 1988.
2. Mini Hammocks – EZ Sales
Untuk kanak kanak yg suka di buai dan berehat di atasnya. 12
kematian dipastikan ketika naiki buaian ini. Punca kematian adalah seperti
lemas, terjerut & jatuh. Jualan mencecah 3 juta. Di haramkan pada Ogos 1996
3. Clackers
Beberapa laporan cedera & lebam di muka, mata dan tangan
ketika bermain. Kerana ianya diperbuat dari kaca, bolanya berat menyebabkan
jatuh ke lantai dan mudah pecah. Diharamkan pada tahun 1981
4. Chicken Limbo Party Time
Dikeluarkan oleh Milton Bradley. Permainan ini tidak
mempunyai tiang yg kukuh oleh itu apabila di sentuh kuat sedikit ia akan runtuh
pada kanak kanak yg berada di bawah atau orang-orang berdekatan. 46 kes
dilaporkan menyebabkan kecederaan seperti lebam, patah gigi & patah kaki
& tangan. Diharamkan pada tahun 2006
5. Battlestar Gallactica Missile Launcher
Dilancarkan pada tahun 1978. Tahun 1979 dilaporkan seorang
kanak-kanak meninggal dunia selepastercekik pada salah satu alat pelancar
peluru berpandu
6. Snacktime Cabbage Patch Dolls – Mattel
Terkenal pada tahun 80an – 90an. Mempunyai rahang otomatik
yg akan mengunyah apa sahaja yg dimasukkan ke dalamnya. 35 kes kecederaan jari
dilaporkan. Diharamkan pada tahun 1997
7. Easy Bake Oven – Hasbro
Penutup depan ketuhar ini memerangkap jari si manja ketika
si manja ingin mengambil bahan yg telah dimasak. Menyebabkan seorang kanak2
berusia 5 tahun putus jari. Kes lain yg dilaporkan seperti lebam tangan.Hasbro
berhenti pengeluaran pada tahun 2007
8. Sky Dancers Flying Dolls
Anak patung keras yg direka khas utk terbang tidak mempunya
kawalan. Boleh terbang ke mana mana arah hala tuju dengan kelajuan yg luar
biasa sekaligus menyebabkan kecederaan. 150 rekod kecedaraan termasuk buta,
patah gigi & luka pada muka dan seluruh badan. Hampir 9 juta unit ditarik
balik oleh pengeluar Galoob Toys pada tahun Jun 2000.
9. Aqua – Dots
Bahaya kerana: manik manik kecil yg berwarna warni
membuatkan kanak2 cuba memasukkannya ke dalam mulut. Terdapat bahan kimia yg
kuat dan menyebabkan sesak nafas & sawan dengan hanya menjilat manik
tersebut. Diharamkan pada tahun 2007.
10. Fisher-Price Power Wheels Motorcycle
Ramai kanak2 patah kaki, tangan dan terseliuh akibat jatuh
dari motosikal ini kerana kelajuannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan